skjhb.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skjhb@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PENTADBIRAN | STAF AKADEMIK | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PIBG | BUKU PELAWAT | Untitled | HARI GURU | HARI KESIHATAN | JIWA MURNI | KEJAYAAN KOKURIKULUM 2007 | MERDEKA | MOTIVASI | PERKAM | Untitled | AKTIVITI | MENU AKTIVITI TAHUNAN | MENU AKTIVITI 2007 | MENU AKTIVITI 2008 | AKTIVITI | BERITA TERKINI | BERITA | Untitled | DOA SEKOLAH | ENROLMEN | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | GURU KELAS | BUKU PELAWAT | JAWATANKUASA LAMAN WEB | try menu | LAMAN UTAMA | copy of index ori | KATA ALU-ALUAN | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | JAWATANKUASA LAMAN | LOGO SEKOLAH | MARQUEE | Untitled | MOTIVASI | PANORAMA | PAUTAN | PENGAWAS | PESARAAN | SEJARAH | SEJARAH | STAF SOKONGAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | Untitled | KEPUTUSAN UPSR | VISI & MISI | YAYASAN SARAWAK |

SEJARAH SEKOLAH KERAJAAN JALAN HAJI BAKI


Sekolah Kerajaan Jalan Haji Baki, AS.1375, terletak dalam Kampung Haji Baki, di Jalan Kuching-Batu Kitang, kira-kira 19 kilometer dari Bandaraya Kuching. Nama sekolah tersebut diamblik daripada sebatang jalan iaitu Jalan Haji Baki di mana sekolah itu didirikan.

Sekolah Kerajaan Jalan Haji Baki mula wujud pada tahun 1968, dibawah tadbir Majlis Daerah Luar Bandar Kuching. Sebelum itu, sekokah ini digunakan oleh penduduk-penduduk Kampung Haji Baki untuk mengadakan kelas-kelas untuk orang dewasa dengan bangunannya yang terdiri daripada beberapa buah bilik darjah sahaja. Bangunan sekokah tersebuit dibina oleh penduduk kampong secara bergotong-royong dengan menggunakan bahan-bahan yang dibekal oleh mereka sendiri. Guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut pada ketika itu ialah Encik Roslie Haji Anag Paleng dan Encik Awang Annuar B. Awang Bakeri.

Pada tahun 1968, apabila Majlis Daerah Luar Bandar Kuching mengambil alih sekolah tersebut, enrolmennya ialah seramai enam puluh tiga orang murid dengan dua orang guru dan diwujudkan dua kelas tahun satu.

Dalam tahun 1969 disebabkan pertambahan murid kepada satu ratus emapt orang, maka tiga kelas diwujudkan dengan tiga orang guru. Juga untuk memenuhi keperluan, bilik-bilik darjah juga turut ditambah. Segala bahan untuk menambah bilik-bilik tersebut dibekal oleh penduduk kampung dan dari pihak Majlis Luar Bandar Kuching. Begitulah seterusnya setiap tahun jumlah murid-murid bertambah. Dalam tahun 1970, murid-murid meningkat kepada satu ratus tiga puluh empat orang dengan empat kelas dan lima orang guru; tahun 1971 murid-murid meningkat kepada satu ratus lapan puluh enam orang dengan lima kelas dan lima orang guru.Pada tahun 1971 murid-murid meningkat kepada dua ratus emapat puluh tiga orang dengan enam kelas dan enam orang guru.

Di penghujung tahun 1970, Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Luar Bandar Kuching masing-masingnya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 127.34 dan RM3 375.78 untuk pembelian tanah yang lebih luas bagi tapak sekolah baru, sekolah tersebut. Tapak yang telah dikenalpasti adalah di kawasan yang sama. Dalam tahun yang sama, kerja-kerja pembinaan bangunan baru dimulakan. Ianya dibiayai oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Bangunan baru itu mengandungi satu blok yang terdiri daripada eam bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat. Ia juga dilengkapi dengan pagar, sebuah padang permainan dan sebuah tangki air untuk menakung air hujan. Bangunan baru itu siap dibina pada akhir tahun 1971.

Disebabkan pertumbuhan kependudukan Kampung Haji Baki yang terbahagi kepada tiga kawasan (Blok A, Blok B dan Blok C) maka sekolah yang sedia ada tidak mampu menerima permohonan daripada ibu bapa yang kian meningkat untuk menyekolahkan anak-anak mereka di situ. Oleh yang demikian dalam tahun 1983, Jabatan Pendidikan Negeri membesarkan lagi kemudahan fizikal sekolah ini dengan membina dua blok lagi bangunan yang mengandungi enam bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik guru, sebuah klinik pergigian, dan sebuah pusat sumber. Di samping itu, kemudahan-kemudah lain turut juga disediakan. Iaitu gelanggang permainan, kantin sekolah, tiga unit berek guru, tandas dan rumah tumpangan untuk Guru Besar.

Pada masa sekarang, sekolah ini bukan sahaja menerima murid-murid dari Kampung Haji Baki, tetapi dari kampung-kampung yang berhampiran seperti Kampung Stakan, Kampung Batu Perak, Kampung Pasir Putih, Pusat Serenti dan Kem Penrissen. Untuk memenuhi keperluan semasa maka dua du belas kelas diwujudkan, iaitu dua kelas bagi tiap-tiap aliran/tahun (Tahun Satu hingga Tahun Enam). Pada bulan Jun 1994, sekolah ini telahpun dinaik taraf ke Sekolah Gred A.

Sejak tahun 1968 hingga tahun 1994, seramai sembilan orang Guru Besar pernah mengetuai barisan guru-guru di Sekolah Kerajaan Haji Baki.





















Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: