skjhb.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skjhb@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PENTADBIRAN | STAF AKADEMIK | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PIBG | BUKU PELAWAT | Untitled | HARI GURU | HARI KESIHATAN | JIWA MURNI | KEJAYAAN KOKURIKULUM 2007 | MERDEKA | MOTIVASI | PERKAM | Untitled | AKTIVITI | MENU AKTIVITI TAHUNAN | MENU AKTIVITI 2007 | MENU AKTIVITI 2008 | AKTIVITI | BERITA TERKINI | BERITA | Untitled | DOA SEKOLAH | ENROLMEN | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | GURU KELAS | BUKU PELAWAT | JAWATANKUASA LAMAN WEB | try menu | LAMAN UTAMA | copy of index ori | KATA ALU-ALUAN | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | JAWATANKUASA LAMAN | LOGO SEKOLAH | MARQUEE | Untitled | MOTIVASI | PANORAMA | PAUTAN | PENGAWAS | PESARAAN | SEJARAH | SEJARAH | STAF SOKONGAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | Untitled | KEPUTUSAN UPSR | VISI & MISI | YAYASAN SARAWAK |


TETAP DALAM INGATAN WALAUPUN SUDAH BERSARA


Selamat Bersara Puan Nyie Abdul Rajak.
Jasa-jasamu tetap dikenang


Tarikh 29 Oktober 2007 menyaksikan SK Jalan Haji Baki kehilangan seorang guru yang banyak bejasa dan telah berkhidmat berpuluh tahun.
Sebagai mengenang jasa beliau, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sekolah telah mengadakan majlis ringkas penuh bermakna 'Majlis Jasamu dikenang' untuk Puan Nyie Abdul Rajak pada 12 November 2007, jam 12.00 tengah hari.
Puan Nyie Abdul Rajak mula berkhidmat pada tahun 1975. Mendapat Sijil Perguruan dari Maktab Perguruan Rajang. Pernah berkhidmat dibebarapa buah sekolah dan yang terakhir SK Jalan Haji Baki sebagai guru kaunseling.
Sebagai pengiktirafan kepada usaha beliau yang tidak pernah kenal jemu dan berkhidmat dengan cemerlang, Puan Nyie Abdul Rajak telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2000.
Persaraan beliau merupakan satu kehilangan khususnya kepada warga SK Jalan Haji Baki dan warga pendidik amnya kerana beliau merupakan pakar rujuk terutamanya hal-hal berkaitan dengan murid-murid, keluarga dan masyarakat Kampung Haji Baki, di samping sering membantu menyelesaikan masalah mereka. Puan Nyie merupakan seorang ibu yang sentiasa sedia membantu guru-guru dan murid-murid SK Jalan Haji Baki.
Warga SK Jalan Haji Baki mengucapkan selamat bersara kepada Puan Nyie. Budi dan jasa beliau akan sentiasa dikenang sepanjang hayat. Didoakan semoga Puan Nyie Abdul Rajak dikurniakan kesihatan sepanjang hayat.

Ucapan Perpisahan Pn Nyie dalam perhimpunan khas warga sekolah


Penyerahan Cenderahati daripada pihak sekolah oleh Guru Besar

Upacara bersalam sambil bermaaf-maafan oleh para pelajar


Upacara bersalam sambil bermaaf-maafan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: