|
SEJARAH SEKOLAH KERAJAAN JALAN HAJI BAKI
Sekolah
Kerajaan Jalan Haji Baki, AS.1375, terletak dalam Kampung Haji Baki, di
Jalan Kuching-Batu Kitang, kira-kira 19 kilometer dari Bandaraya
Kuching. Nama sekolah tersebut diamblik daripada sebatang jalan iaitu
Jalan Haji Baki di mana sekolah itu didirikan.
Sekolah
Kerajaan Jalan Haji Baki mula wujud pada tahun 1968, dibawah tadbir
Majlis Daerah Luar Bandar Kuching. Sebelum itu, sekokah ini digunakan
oleh penduduk-penduduk Kampung Haji Baki untuk mengadakan kelas-kelas
untuk orang dewasa dengan bangunannya yang terdiri daripada beberapa
buah bilik darjah sahaja. Bangunan sekokah tersebuit dibina oleh
penduduk kampung secara bergotong-royong dengan menggunakan bahan-bahan
yang dibekal oleh mereka sendiri. Guru-guru yang mengajar di sekolah
tersebut pada ketika itu ialah Encik Roslie Haji Abang Paleng dan Encik
Awang Annuar B. Awang Bakeri.
Pada
tahun 1968, apabila Majlis Daerah Luar Bandar Kuching mengambil alih
sekolah tersebut, enrolmennya ialah seramai enam puluh tiga orang murid
dengan dua orang guru dan diwujudkan dua kelas tahun satu.
Dalam
tahun 1969 disebabkan pertambahan murid kepada satu ratus emapt orang,
maka tiga kelas diwujudkan dengan tiga orang guru. Juga untuk memenuhi
keperluan, bilik-bilik darjah juga turut ditambah. Segala bahan untuk
menambah bilik-bilik tersebut dibekal oleh penduduk kampung dan dari
pihak Majlis Luar Bandar Kuching. Begitulah seterusnya setiap tahun
jumlah murid-murid bertambah. Dalam tahun 1970, murid-murid meningkat
kepada satu ratus tiga puluh empat orang dengan empat kelas dan lima
orang guru; tahun 1971 murid-murid meningkat kepada satu ratus lapan
puluh enam orang dengan lima kelas dan lima orang guru.Pada tahun 1971
murid-murid meningkat kepada dua ratus empat puluh tiga orang dengan
enam kelas dan enam orang guru.
Di
penghujung tahun 1970, Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Luar Bandar
Kuching masing-masingnya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10
127.34 dan RM3 375.78 untuk pembelian tanah yang lebih luas bagi tapak
sekolah baru, sekolah tersebut. Tapak yang telah dikenalpasti adalah di
kawasan yang sama. Dalam tahun yang sama, kerja-kerja pembinaan
bangunan baru dimulakan. Ianya dibiayai oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
Bangunan baru itu mengandungi satu blok yang terdiri daripada eam bilik
darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat. Ia juga dilengkapi dengan
pagar, sebuah padang permainan dan sebuah tangki air untuk menakung air hujan. Bangunan baru itu siap dibina pada akhir tahun 1971.
Disebabkan
pertumbuhan kependudukan Kampung Haji Baki yang terbahagi kepada tiga
kawasan (Blok A, Blok B dan Blok C) maka sekolah yang sedia ada tidak
mampu menerima permohonan daripada ibu bapa yang kian meningkat untuk
menyekolahkan anak-anak mereka di situ. Oleh yang demikian dalam tahun
1983, Jabatan Pendidikan Negeri membesarkan lagi kemudahan fizikal
sekolah ini dengan membina dua blok lagi bangunan yang mengandungi enam
bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik guru, sebuah klinik
pergigian, dan sebuah pusat sumber. Di samping itu, kemudahan-kemudah
lain turut juga disediakan. Iaitu gelanggang permainan, kantin sekolah,
tiga unit berek guru, tandas dan rumah tumpangan untuk Guru Besar.
Pada
masa sekarang, sekolah ini bukan sahaja menerima murid-murid dari
Kampung Haji Baki, tetapi dari kampung-kampung yang berhampiran seperti
Kampung Stakan, Kampung Batu Perak, Kampung Pasir Putih, Pusat Serenti
dan Kem Penrissen. Untuk memenuhi keperluan semasa maka dua du belas
kelas diwujudkan, iaitu dua kelas bagi tiap-tiap aliran/tahun (Tahun
Satu hingga Tahun Enam). Pada bulan Jun 1994, sekolah ini telahpun
dinaik taraf ke Sekolah Gred A.
Sejak
tahun 1968 hingga tahun 1994, seramai sembilan orang Guru Besar pernah
mengetuai barisan guru-guru di Sekolah Kerajaan Haji Baki.
|
|