skjhb.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skjhb@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PENTADBIRAN | STAF AKADEMIK | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PIBG | BUKU PELAWAT | Untitled | HARI GURU | HARI KESIHATAN | JIWA MURNI | KEJAYAAN KOKURIKULUM 2007 | MERDEKA | MOTIVASI | PERKAM | Untitled | AKTIVITI | MENU AKTIVITI TAHUNAN | MENU AKTIVITI 2007 | MENU AKTIVITI 2008 | AKTIVITI | BERITA TERKINI | BERITA | Untitled | DOA SEKOLAH | ENROLMEN | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | GURU KELAS | BUKU PELAWAT | JAWATANKUASA LAMAN WEB | try menu | LAMAN UTAMA | copy of index ori | KATA ALU-ALUAN | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | JAWATANKUASA LAMAN | LOGO SEKOLAH | MARQUEE | Untitled | MOTIVASI | PANORAMA | PAUTAN | PENGAWAS | PESARAAN | SEJARAH | SEJARAH | STAF SOKONGAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | Untitled | KEPUTUSAN UPSR | VISI & MISI | YAYASAN SARAWAK |

BERITA TERKINI

PELANCARAN HOTSPOT DAN LAMAN WEB SEKOLAH


Bertarikh 30 Jun 2005, Khamis bersempena hari terbuka, sekolah ini turut mengadakan majlis pelancaran hotspot dan laman web Sekolah.

Hotspot atau dikenali wireless merupakan teknologi internet tanpa wayar. Pembinaan laman web sekolah pula merupakan satu era baru yang diterajui oleh sekolah ini seiring dengan kepesatan dunia IT dan tidak ketinggalan.

Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Tn Hj Hanafi Mohd Ali. Di samping majlis pelancaran, majlis hari itu juga dilengkapi dengan pameran-pameran berkenaan teknologi baru dan juga pameran komputer.

Majlis bermula pada jam 10 pagi dimana para ibu bapa dan semua warga sekolah berkumpul di dewan tempat berlakunya majlis pelancaran. Semua warga sekolah ini terlibat secara langsung dalam majlis ini. Majlis ini dengan kerjasama Pegawai Pelajaran Daerah, PIBG, Guru-guru Besar Daerah, Guru-guru, EthnicNet dan masyarakat setempat.

Setelah perasmian dilancarkan, para tetamu dijemput melawat tapak pameran. Bermula dengan kaunter web, teknologi mimio, internet telefon, streamyx dan juga kaunter pameran komputer.

Di kaunter web, tetamu dikenalkan dengan web sekolah dan juga web komuniti sekolah-sekolah johor. Di bahagian web, angtara aktiviti yang dilakukan ialah tetamu disarankan memasuki ruangan forum sebagai tempat untuk para ibu bapa berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak sekolah. Kaunter mimio pula memperkenalkan teknologi baru yang memudahkan kaedah PNP (Pelajaran Dan Pembelajaran). Mimio merupakan teknologi yang lebih menjurus kepada pengaplikasian papan tulis bagi menggantikan pembelajaran daripada komputer dan monitor.

Majlis ini tamat sekitar jam 1.00 tengahari. Diharapkan dengan adanya hotspot dan laman web ini, semua pihak dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya.


MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-4

Pada 15 Mei 2005 (Ahad), Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-4 yang diadakan di dewan terbuka Sekolah bermula jam 8.00 pagi. Mesyuarat ini telah dijayakan dengan kerjasama ibu bapa, ahli jawatankuasa dan guru-guru.

Tahniah juga kepada semua guru Sekolah kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam untuk menjayakan mesyuarat tersebut. Tanpa semua guru pasti majlis ini tidak dapat berjalan dengan licinnya dan sempurna.

Mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun bertujuan melantik ahli jawatankuasa bahru dan membincangkan mengenai kemajuan sekolah dan murid. Dengan adanya mesyuarat sebegini, pelbagai aktiviti sekolah dapat dijalankan antaranya motivasi murid dan guru, sambutan Maulidurasul dan sebagainya.

Selain mengadakan Mesyuarat Agong PIBG, Sekolah juga telah mengadakan majlis perasmian rumah hijau yang ditaja oleh Dewan Perniagaan Melayu Negeri. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Syed Saruat iaitu wakil Dewan Perniagaan Melayu Negeri.

Pondok rumah hijau telah dibina pada pertengahan tahun 2004. Pondok yang didirikan berdekatan dengan kantin sekolah dibina untuk kemudahan warga Sekolah seperti menghias pentas dan sebagainya.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: